Pembangun Among Us kecewa dengan Fortnite dikatakan ‘tiru’ konsep sama

Unit pembangunan untuk permainan Among Us hari ini berkongsi mod Impostor baru daripada Fortnite, yang ada sedikit persamaan dengan permainan mereka.

Dengan mod permainan baru, di mana lapan Agent akan menentang dua Impostor di dalam perlawanan akal dan pengintipan, yang mana mempunyai persamaan dengan Among Us daripada segi bentuk permainan dan rekaan. 

Selepas disahkan pihak Innersloth bahawa tiada kolaborasi daripada dua permainan itu, unit pembangun studio itu memuat naik satu ciapan untuk luahkan isi hati mereka mengenai situasi ini.

Gary Porter, programmer permainan itu, mengemukakan beberapa persamaan antara fasiliti Loop Control Fortnite dan Skeld, iaitu peta pertama Among Us. 

Pengasas bersama Innersloth Marcus Bromander, atau PuffballsUnited di Twitter, menyatakan “Kami tidak patenkan mekanisme Among Us. Saya tidak rasa ianya suatu yang sihat di dalam industri permainan. Adakah sukar untuk letakkan 10% lebih usaha untuk hasilkan idea sendiri?”

Pengarah Komuniti Among Us, Victoria Tran berkata “ia pasti sesuatu yang benar-benar menarik untuk kolaborasi” sebelum menyatakan persamaan dari segi tema dan terminologi dua permainan itu.

Walaupun dengan pelbagai rungutan mengenai mod baru Fortnite, ianya bukan satu pengakhiran untuk studio bebas itu. Pasukan Innersloth kini sedang dalam pembikinan beberapa projek bersama pembangun bebas lain yang menampilkan kolaborasi Among Us. 

Menurut Callum Underwood daripada Robot Teddy, agensi konsultasi permainan video yang bekerja dengan Innersloth, beliau menggalakkan pembangun lain untuk nyatakan pada Innersloth jika mereka ingin hasilkan kolaborasi di masa akan datang. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+