Bruno Mars, Ariana Grande dan ramai lagi. Selain selebriti, watak-watak terkenal seperti Spider-Man, Rick dari Rick and Morty, juga muncul di Fortnite."> Bruno Mars, Ariana Grande dan ramai lagi. Selain selebriti, watak-watak terkenal seperti Spider-Man, Rick dari Rick and Morty, juga muncul di Fortnite." /> Bruno Mars, Ariana Grande dan ramai lagi. Selain selebriti, watak-watak terkenal seperti Spider-Man, Rick dari Rick and Morty, juga muncul di Fortnite." />

John Cena pula masuk ke Fortnite?

Ramai artis dan selebriti kini menyertai dunia Fortnite sebagai kostum watak, seperti The Rock, Bruno Mars, Ariana Grande dan ramai lagi. Selain selebriti, watak-watak terkenal seperti Spider-Man, Rick dari Rick and Morty, juga muncul di Fortnite.

Kini, mungkin pelakon Peacemaker dan bekas penggusti, John Cena mungkin menyertai permainan battle royale itu.

Menurut sebuah perkongsian di Instagramnya, dia berkongsi sebuah imej yang kelihatan seperti kepulauan battle royale Fortnite. Hal ini memunculkan lebih persoalan kerana perkongsian itu tidak disertakan kapsyen/caption.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by John Cena (@johncena)

Persoalan seterusnya, adakah Cena akan muncul sebagai dirinya tersendiri atau muncul sebagai watak Peacemaker. Kostum Fortnite Peacemaker masuk akal dalam meraikan episod akhir siri itu.

Ramai pemain berharap ia sememangnya kostum Peacemaker dan bukan John Cena sendiri kerana ia boleh membuka pintu ke lebih banyak fantasi berbanding John Cena sendiri.

Sumber rujukan: Comicbook.com

RELATED NEWS

+