Pembangun Apex Legends mengacah pembangunan Titanfall 3?

Apex Legends antara permainan genre battle royale yang paling terkenal masa ini.

Ini kerana ia menawarkan corak permainan yang unik yang hadir dari gabungan watak dan senjata serta siling kemahiran yang amat tinggi.

Bagi yang tidak arif, pembangunnya, Respawn Entertainment, juga bertanggungjawab membawakan permainan Titanfall iaitu sebuah first-person shooter (FPS) yang memfokuskan pergerakan yang pantas serta mecha yang mampu mencairkan hati seorang peminat Gundam.

Namun, terdapat ura-ura yang menyatakan Titanfall 3 tidak dibangunkan lagi untuk tempoh yang terdekat ini.

Sewaktu satu sesi siaran langsung oleh penyelaras komuniti, Jason Garza, di mana beliau mengatakan, “Jangan menaruh harapan. Saya pernah mengatakan ini sebelumnya. Kami tidak mempunyai apa-apa dalam proses pembangunan. Tidak ada apa apa. Tidak ada apa-apa di sana. Kami mempunyai terlalu banyak permainan lain dalam pembangunan sekarang.”

Walau bagaimanapun, Respawn menghantar satu ciapan di Twitter yang menerangkan bahawa permainan siri Titanfall adalah teras kepada studio pembangun itu. Respawn juga mengacah yang mungkin ada sesuatu yang masih dalam pembangunan di studio itu.

Buat masa ini, belum ada maklumat tambahan atau pengumuman yang 

RELATED NEWS

+