Pembangun The Last of Us Part 2 antara tumpuan di Global Industry Game Awards (GIGA)

Global Industry Game Awards yang pertama kali berlangsung mengumumkan lebih 200 calon membabitkan 40 kategori di acara terbaru untuk meraikan pencapaian individu dan pasukan.

Permainan yang mendapat banyak pencalonan untuk individu atau pasukan The Last of Us Part 2 yang mendapat 13 pencalonan membabitkan kategori, animasi 3D, reka watak 3D, seni persekitaran 3D, sinematografi, reka bunyi, lakon suara, rekaan, AI, teknologi grafik, teknologi sistem, dialog, penceritaan dan perwakilan. 

Jumlah pencalonan juga diikuti oleh Hades dengan 10 pencalonan untuk pasukan, iaitu animasi 2D, reka watak 2D, seni persekitaran 2D, seni UI, lakon suara, reka sistem, UI/UX, dialog, reka naratif dan perwakilan.

Pelbagai permainan daripada judul AAA hingga kecil-kecilan yang mendapat pencalonan antaranya, Final Fantasy 7: Remake, Yakuza: Like Dragon, Half Life: Alyx, Cyberpunk 2077, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, 13 Sentinels: Aegis Rim, Ori and The Will of the Wisps, Animal Crossing: New Horizons, Paper Mario: The origami King, Falls Guys, Noita dan banyak lagi. 

GIGA adalah usaha International Game Developers Association (IGDA) untuk meraikan sumbangan individu dan pasukan yang terlibat dalam membangunkan permainan yang sebelum ini jarang diraikan di dalam anugerah permainan besar.

Proses undian masih lagi dibuka tetapi hanya untuk ahli-ahli industri permainan, yang akan berakhir pada 20 Julai ini. Pemenang akan diumumkan di acara yang akan berlangsung pada 27 Ogos.

RELATED NEWS

+