Naughty Dog sedang membangunkan mod multiplayer untuk The Last of Us Part 2

Walaupun Naughty Dog mungkin tidak mendedahkan butiran baru mengenai projek multiplayer The Last of Us yang akan datang, ia diumumkan pada The Last of Us Day 2021 bagi memastikan peminat bahawa ia sedang aktif dibangunkan dan Naughty Dog akan ‘mendedahkan lebih banyak lagi ketika mod itu siap! ‘

Rochelle Snyder dari Naughty Dog berkongsi berita itu dalam kemaskini komuniti selepas mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pasukan yang semuanya secara kolektif menjadikan The Last of Us menjadi kejayaan yang telah dicapai. Secara bergurau, Naughty Dog kemudian memasukkan soalan ini kerana peminat akan menulis;

‘Ya, itu semua indah dan hebat, tetapi apa yang kamu lakukan dengan The Last of Us sekarang?’

“Ringkasnya, kami sedang mengusahakannya,” jawab Naughty Dog. “Kami melihat komen komuniti kerana ramai dari anda menuntut untuk multiplayer dan mahukan kemas kini.

“Buat masa ini, kami akan mengatakan bahawa kami menyukai apa yang sedang dibangunkan oleh pasukan dan ingin memberi mereka masa untuk membina projek mereka yang bercita-cita tinggi. Kami akan mendedahkan lebih banyak apabila sudah siap!

“Untuk itu, kami sibuk mengembangkan pasukan kami sejak The Last of Us Part 2 dilancarkan dan kini sedang dalam proses pengambilan jawatan yang berkaitan dengan multiplayer, jadi jika anda atau seseorang yang anda kenal layak untuk apa sahaja yang anda lihat di halaman pekerjaan kami, mohonlah!,” kata Naughty Dog lagi.

Bagi mereka yang tidak menyedari atau mungkin tidak ingat, Naughty Dog mengumumkan bahawa ia sudah membuat ‘pilihan sukar’ tidak memasukkan mod multiplayer dalam talian di The Last of Us Part 2 selepas skop dan cita-cita kempen single player permainan mencapai tahap yang tidak dijangka oleh pasukan pembangun.

Namun, memandangkan ramai suka akan mod The Last of Us ‘Faction’, Naughty Dog meyakinkan peminat bahawa ia akan kembali dalam beberapa bentuk pada masa akan datang.

Walaupun kita masih tidak tahu apakah ini akan menjadi permainan tersendiri, sebahagian daripada koleksi permainan The Last of Us di masa depan, atau sebahagian daripada permainan baru, kita tahu bahawa Naughty Dog berusaha keras untuk menjadikannya kenyataan.

Pada pendapat kami, permainan berbilang pemain The Last of Us yang berdiri sendiri sebenarnya adalah idea yang bagus.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+