Pembangunan konsol generasi-hadapan Sony, PlayStation 6, dilaporkan sudah berjalan rentetan satu ciapan yang mencari pelapis kepada beberapa studio Sony di serata dunia."> Pembangunan konsol generasi-hadapan Sony, PlayStation 6, dilaporkan sudah berjalan rentetan satu ciapan yang mencari pelapis kepada beberapa studio Sony di serata dunia." /> Pembangunan konsol generasi-hadapan Sony, PlayStation 6, dilaporkan sudah berjalan rentetan satu ciapan yang mencari pelapis kepada beberapa studio Sony di serata dunia." />

Pembangunan konsol PlayStation 6 mungkin sudah berjalan

Pembangunan konsol generasi-hadapan Sony, PlayStation 6, dilaporkan sudah berjalan rentetan satu ciapan yang mencari pelapis kepada beberapa studio Sony di serata dunia.

Tweet itu mencari beberapa individu berbakat untuk “menyumbang bagi mengenal pasti dan mengembangkan portfolio teknologi platform PlayStation generasi hadapan,” Tweet sambungannya juga menerangkan peluang pekerjaan yang membabitkan project sampingan Sony dalam bidang R&D do Tokyo dan San Mateo serta kumpulan Sony besar yang lain seperti Future Technology Group.

Kata kumpulan itu, “Future Technology Group adalah pakar teknologi PlayStation. Kami meneliti dan mengembangkan teknologi inovatif yang mendorong batas permainan, membantu pembangun permainan membuat permainan terbaik di PlayStation.”

Future Technology Group juga menyatakan bahawa pelapis akan bertanggungjawab untuk meneliti dan memprototaip teknologi baru, dan mencari jalan untuk menggunakannya pada platform dan perkhidmatannya.

Bagi yang berminat untuk membaca peluang pekerjaan itu dengan lebih lanjut, boleh mengikuti pautan INI.

Hal ini mungkin akan bermaksud bahawa Sony sedang mencari pelapis baru untuk teknologi generasi-hadapan, namun ia tidak semestinya konsol PlayStation 6.

RELATED NEWS

+