Peminat buat League of Legends anime opening sendiri

Seorang peminat League of Legends membawa penceritaan adik-beradik Yasuo dan Yone ke pembukaan anime sendiri.

Peminat ini menggunakan nama r/Cheesegrater74 di Reddit memuat naik ciapan pembukaan anime League of Legends buatannya sendiri dengan mengambil penceritaan dari Yasuo dan Yone.

Dia menggabungkan video  Spirit Blossom dan animasi League of Legends dari Season 2019 untuk membuat pembukaan anime sendiri dengan lagu Crossing Field dari LiSA.

Lagu itu sangat popular dengan sini animasi Sword Art Online.

Walaupun peminat ini hanya menggabungkan dua video animasi dari League of Legends, tetapi gabungan ini sangat baik seolah-olah anime itu benar-benar wujud.

Selepas Arcane, tiada lagi apa-apa pengumuman siri animasi dari Riot Games.

RELATED NEWS

+