Pencipta Dead of Alive keluarkan permainan MMORPG NFT digelar Warrior

Bekas bos Team Ninja Tomobobu Itagaki mengumumkan studionya akan mengeluarkan satu permainan video NFT digelar Warrior.

Studio tersebut digelar Apex Game Studios dan memberi fokus kepada permainan video kualiti tinggi 3A Web 3.0.

Baru-baru ini Warrior telah mengeluarkan satu video teaser untuk tantapan umum.

https://www.videogameschronicle.com/files/2022/07/Itagaki-warrior-a-768x384.jpg

Namun sambutan yang diharapkan tidak memberansangkan dan nampaknya tidak disukai ramai.

Malah grafik yang ditunjukkan mungkin lebih cantik dari sesetengah permainan namun, kualiti yang dikatakan 3A tidak dapat dilihat walaupun menggunakan Unreal Engine.

Antara komen netizen terhadap Warrior:

“Animasi strafing yang ditunjukkan sangatlah tidak elok.”

“Permainan ini nampak seperti permainan video palsu yang anda nampak di televisyen dan filem.”

“Nampak seperti permainan saya akan main jika dalam Roblox.”

Menurut pencipta permainan ini, dia percaya ia adalah penting untuk kita menerima perubahan dan halangan dalam teknologi blockchain.

Nampaknya, Warrior masih memerlukan perubahan lebih banyak dan digilap untuk menjadi lebih baik.

Permainan ini dikatakan akan keluar pada pelantar mudah alih dan PC.

RELATED NEWS

+