Pendaftaran Beta The Division 2 Adalah 4 Kali Ganda Berbanding Asal

Kita dah tahu Ubisoft punya The Division 2 adalah permainan yang paling dinantikan dalam sejarah syarikat itu.

Ubisoft hari ini mengesahkan yang The Division 2 menerima pendaftaran untuk beta empat kali lebih banyak berbanding yang sebelumnya. Tapi mereka tak mengumumkan angka sebenar untuk pendaftaran itu.

Mereka masih lagi membuka pra-pendaftaran untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC. Beta itu akan dilancarkan  pada Disember nanti yang akan membuatkan pemain lebih teruja untuk sekuel yang dikatakan lebih banyak kandungan baru – dalam aspek kombat dan taktik pasukan.

Division 2 hadir dengan pelbagai ciri antaranya PvP, mod Co-Op baru dan Clans bersama end-game yang dikatakan sentiasa berubah. Bagi versi beta, masih belum pasti apa kandungan akan disediakan.

Ia akan dilancarkan pada 15 Mac di Xbox One, PlayStation 4. Daftar beta di SINI.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+