Pengantin perempuan dari Indonesia bawa kadbod Genshin Impact ke pelamin

Perkahwinan adalah sesuatu perkara yang indah dan selalunya hanya berlaku sekali seumur hidup.

Namun, perkahwinan di Indonesia ini menambah sedikit perbezaan dari perkahwinan lain.

Isteri kepada pengantin adalah seorang peminat setia Genshin Impact dan Tears of Themis.

Dua karakter dari permainan itu diselitkan juga dalam perkahwinannya.

Karakter itu dicetak ke kadbod besar dan diarak oleh kawan-kawan pengantin perempuan sehingga ke atas pelamin.

Dua karakter itu adalah Diluc dari Genshin Impact dan Jiro Yamada dari anime Hypnosis Mic.

Reaksi suaminya pula sangat lucu, dia hanya mampu mencekak pinggang dan tersenyum seperti suami yang cemburu.

RELATED NEWS

+