Pengarahan Doctor Strange 2 Mungkin Diambil Alih Pengarah Spider-Man

Scott Derrickson, pengarah asal filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness meninggalkan projek tersebut pada awal bulan Januari tahun ini. Sejak itu, belum ada lagi pengarah lain mengambil alih posisinya.

Pengarah filem trilogi Spider-Man yang dilakonkan Tobey Maguire iaitu Sam Raimi mungkin mengisi kekosongan itu. Nampaknya beliau tengah berbincang dengan Marvel Studios untuk menjadi pengarah sekuel filem Doctor Strange.

Semasa Doctor Strange in the Multiverse of Madness pertama diumumkan, Scott menyatakan bahawa ia akan menjadi filem seram pertama dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Beliau meninggalkan projek tersebut atas sebab “perbezaan idea”.

Walaupun Sam tidak terlibat dalam apa-apa pembikinan filem superhero selepas trilogi Spider-Man, beliau giat menerbit filem-filem seram seperti Don’t Breathe (2016) dan The Grudge (2020).

Itu membuatkan beliau calon yang sesuai untuk mengarah “filem seram pertama MCU”.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+