Pengasas sereebii.net kongsi kek perkahwinan Pokemon Gigantimax Alcremie

Pemilik laman sesawang serebii.net baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Selalunya kek bertemakan permainan video sangat sukar untuk dibuat malah sukar untuk dijumpai.

Nama pun laman sesawang Pokemon jadi sudah semestinya dia meneruskan cintanya dengan kek Pokemon iaitu Alcremie.

Pokemon ini bertemakan makanan manis dan menjadi antara Pokemon yang sangat susah untuk dapat dalam versi Sword & Shield.

Serebii sudah menjadi rujukan yang sangat lama dalam dunia Pokemon dan boleh dikatakan ramai orang yang meminati Pokemon akan mengetahui laman sesawang ini.

Joe Merrick juga berkongsi gambar keknya dan tema itu sangat cantik.

Kek itu menggunakan Gigantamax Alcremie sebagai model dan dibuat oleh satu syarikat kek di United Kingdom.

Gigantamax Alcremi menjadi Pokemon yang sangat sesuai untuk perkahwinan ini.

RELATED NEWS

+