Pada beberapa patch yang lalu, Karina Tank digeruni ramai kerana hero ini sangat tanky dan boleh mengeluarkan damage yang banyak."> Pada beberapa patch yang lalu, Karina Tank digeruni ramai kerana hero ini sangat tanky dan boleh mengeluarkan damage yang banyak." /> Pada beberapa patch yang lalu, Karina Tank digeruni ramai kerana hero ini sangat tanky dan boleh mengeluarkan damage yang banyak." />

Pengganti kepada Karina Tank, Lancelot

Pada beberapa patch yang lalu, Karina Tank digeruni ramai kerana hero ini sangat tanky dan boleh mengeluarkan damage yang banyak.

Namun pada patch ini, Lancelot pula yang menjadi Assassin Tank, menggantikan tempat Karina. 

Di liga MDL Filipina, pemain daripada pasukan Omega NEOS iaitu MP the King memulakan meta ini dengan menggunakan Lancelot dengan build Tank.

Meta yang dibawa ke MPL FIlipina dan MPL Indonesia terus digunakan oleh pemain pasukan lain seperti bintang ONIC Esports, Kairi dan lain-lain

Di Mythical Glory, pemain-pemain sudah sama sekali menggunakan meta ini dan pemain-pemain dari rank lain dijangka akan turut menukar ke meta Lancelot Tank.

Lancelot menggunakan emblem Jungle dan talent Demon Slayer. Item seperti Cursed Helmet, Guardian Helmet dan pelbagai lagi digunakan dan mendapat KDA yang positif tanpa banyak kematian.

Lancelot terkenal dengan damage yang kuat serta skillnya yang membolehkan Lancelot keluar dari situasi yang susah namun kelemahannya adalah HP serta pertahanan yang rendah. 

Dengan item Tank serta mekanik yang tinggi, Lancelot boleh mengumpan pelbagai ultimate daripada musuh dan memberikan kelebihan kepada pasukannya untuk menyerang balas.

Adakah pasukan daripada MPL Malaysia akan membawa meta ini ke Musim ke-11 yang bermula pada 10 Mac ini?

RELATED NEWS

+