Penonton e-sukan MLBB wanita mencapai rekod penonton tertinggi

E-sukan adalah salah satu sukan atau acara kompetitif yang tidak membezakan lelaki atau wanita, kedua-dua jantina mampu bersaing dengan baik dan sihat antara satu sama lain. Sedikit berbeza daripada sukan tradisional. Jadi, ini sebab yang jelas mengapa tahap e-sukan wanita berada di paras yang sama seperti acara e-sukan yang lain.

Data dari kejohanan Mobile Legends Bang Bang wanita yang berlangsung baru-baru ini menunjukkan perkembangan yang amat baik bagi e-sukan wanita.

Menurut Esports Charts, Women Star League (WSL) Season 4 menerima hampir 20,000 penonton secara purata pada tahun ini dan mempunyai kemuncak penonton sebanyak 111,642 penonton. Musim ketiga WSL juga menunjukkan jumlah yang agak tinggi pada tahun lepas.

WSL Season 4 juga ditayangkan sebanyak 101 jam. Ini menunjukkan WSL mencapai tahap e-sukan yang sihat dan sudah berkembang dengan baik.

Mobile Legends: Bang Bang Women’s Invitational (MWI) pula mencecah rekod penonton paling tertinggi untuk kejohanan e-sukan wanita. Acara MWI ini dilaporkan mencecah 57,607 secara purata. 

Dengan hanya 37 jam tayangan, MLBB Women’s invitational sudah mampu meraih 392,405 penonton kemuncak pada acara itu! Nilai penonton ini adalah rekod paling tertinggi dalam kategori e-sukan wanita.

Rekod penonton tertinggi ini berjaya dicapai sewaktau perlawanan GPX.BASRENG menentang BTR.Era. 

Perlawanan lain juga menunjukkan kadar penonton yang cukup tinggi. Sebagai contoh, Perlawanan GPX.BASRENG menentang B.Victress meraih 326,928 penonton, manakala perlawanan BTR.Era menentang Karra berjaya meraih 168,601 penonton.

E-sukan wanita nampaknya berkembang dengan baik. Walaupun jumlah penonton kedua-dua kejohanan di atas ini belum mampu menandingi jumlah penonton MPL, ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa arena e-sukan wanita sudah berkembang dan akan terus maju dalam beberapa tahun yang terdekat.

Sumber rujukan: Esports Charts

RELATED NEWS

+