Pensyarah Ini Sanggup Terbang Dari Sabah Ke #XPAXKEK Grand Finals Untuk Beri Sokongan!

Video game ini tidak semestinya membawa kesan buruk kepada kita. Namun, pensyarah ini berasa main game boleh menajamkan daya pemikiran kita sekaligus meningkatkan skil main game.

Pensyarah sambilan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Norshafika Azlin binti Mohd Hasli atau mesra dipanggil sebagai Miss Pico sanggup terbang ke Sunway Pyramid Ice Skating Rink bagi memberi sokongan kepada pasukan UMSKAL Esports yang melayakkan diri ke #XPAXKEK Grand Finals untuk Mobile Legends.

Pensyarah sambilan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Norshafika Azlin binti Mohd Hasli

Miss Pico mengajar kursus Multimedia di UMS untuk kampus antarabangsa Labuan meminati main game sejak dari kecil lagi yang menggemarkan game berstrategi seperti Tekken, Dota dan CS:GO. 

Beliau berkhidmat sebagai pensyarah sambilan bermula pada 2016 dan beliau merupakan salah satu daripada dua wanita menyertai kelab e-sukan UMS semasa beliau melanjutkan ijazah sarjana muda di universiti sama. Beliau aktif bersama kelab sebagai penganjur pelbagai acara e-sukan dan krew yang dijalankan di Labuan.

Kini, beliau merangkap sebagai pengurus pasukan untuk UMSKAL Esports. “Tugas saya adalah dari segi pengurusan seperti cari penaja, buat surat rasmi, menguruskan bajet, jadual dan analisis permainan setiap perlawanan antara kampus untuk #XPAXKEK. Saya juga menguruskan kandungan gambar dan video untuk disiarkan di media sosial,” kata Miss Pico.

Healthy gaming adalah peranan semua pihak’

Apabila ditanyakan tentang cara untuk melestarikan healthy gaming, beliau menjawab dengan pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Saya selalu menasihati pelajar-pelajar saya untuk uruskan keutamaan dahulu iaitu siapkan assignment dahulu sebelum meluangkan masa untuk bermain game. Kerja, kerja juga. Belajar, belajar juga. Saya yang sudah bekerja pun masih lagi amalkan perkara sama,” jelas Miss Pico.

Pensyarah ini mengaku game seperti Mobile Legends & PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) mempunyai ramai pengikut tetapi beliau menyahut untuk pelajar-pelajar lihat kepada keutamaan kehidupan.

“Untuk jadi pemain hebat, anda kena tumpukan kepada pembelajaran kerana itu boleh menjana IQ dan mendorong pemikiran yang boleh merancang strategi dalam game. Kita perlu menerapkan apa yang kita belajar untuk tingkatkan skill permainan,” katanya.

Terharu dan bangga

Saat pasukan UMSKAL Esports mara ke peringkat akhir #XPAXKEK Grand Finals, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan yang tidak disangka-sangka.

Miss Pico berkata, “Dalam masa 3 minggu ini, mereka banyak berusaha untuk latihan #XPAXKEK walaupun mereka ada banyak assignment dan menghadirkan diri ke pelbagai acara di UMS.”

“Saya rasa bangga sebab mereka dapat selesaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan menjalankan training buat sementara waktu. Saya juga rasa bangga kerana skuad kami terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik berlainan.”

Pasukan UMSKAL Esports

Sebelum ini, Miss Pico berkongsi kepada MyGameOn bahawa pasukan bersama beliau hanya sasar ke tempat ke-8 teratas. Pagi ini, UMSKAL Esports telah menawan pertandingan separuh akhir selepas mengalahkan Invictus PKB dan bakal bertempur pasukan Ultra Instinct (Universiti Kebangsaan Malaysia) di peringkat akhir.

Siapakah bakal jadi juara untuk Mobile Legends, Dota 2 dan PES 2019 bagi #XPAXKEK Grand Finals? Jom berkunjung ke #XPAXKEK Grand Finals yang berlangsung di Sunway Pyramid Ice Skating Rink pada 26 hingga 27 April 2019.

Sambil-sambil itu, korang boleh main pelbagai game secara percuma dan nikmati persembahan artis seperti Bittersweet, Indah Ruhailah, Andi Bernadee, Ara Johari dan ramai lagi! Jumpa anda di sana!

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan Lost World atas kerjasama ini.

Ikuti liputan #XPAXKEK di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+