“Perbezaan Rival dan saya banyak. Salah satunya, Rival masih ragu-ragu,” – Ciku

Peringkat liga MPL MY musim ke-10 minggu keempat pada hari ini menyaksikan pasukan Todak akan menentang pasukan Suhaz Epsorts.

Pasukan Todak mengalami kesukaran di perlawanan kedua apabila mereka ditewaskan dengan skor 0-14.

Namun begitu, Todak membuat keputusan untuk membawa masuk Danial Fuad (Ciku) kembali ke dalam barisan pemain untuk perlawanan ketiga.

Ciku menggunakan Ling kali ini dan membantu Todak untuk mendapat kelebihan di minit awal permainan.

Akan tetapi, pasukan Suhaz Esports terus mengasak pasukan Todak untuk menghentikan corak permainan agresif yang ditunjukkan oleh Todak.

Pasukan Suhaz menghukum pasukan Todak akan tetapi Momo berjaya menyelamatkan keadaan dengan penggunaan Crossbow of Tang yang baik.

Todak mula bangkit dan mereka mendapatkan Lord pada minit ke-21 bagi melakukan push ke arah base pasukan Suhaz. Pasukan Todak akhirnya mendapatkan kemenangan 2 berbalas 1.

Di dalam temubual kemenangan selepas menewaskan pasukan Suhaz Esports, Ciku berkata jurulatih pasukan Todak inginnya turun bermain.

“Saya mengikut keputusan jurulatih iaitu Hazim yang mahu saya turun padang.

“Perbezaan saya dan Rival adalah dia bermain dengan bagus namun masih ragu-ragu dengan keputusan jika ingin membuat sebarang tindakan di dalam permainan.” jawab Ciku ketika ditanya perbezaan dirinya dan Rival.

Dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat-peminat Todak dan juga Suhaz yang memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan.

RELATED NEWS

+