Peridot – Bela haiwan magik comel anda sendiri

Niantic, syarikat disebalik Pokemon GO dan Pikmin Bloom akan mengeluarkan sebuah permainan video baharu mereka sendiri.

Peridot adalah satu permainan video realiti terimbuh (AR) di mana pemain akan menjaga dan membela haiwan yang digelar Dot.

Menurut David Hollin, Pengarah Kreatif Peridot, setiap pemain akan mempunyai Dot yang 100% berbeza dengan genetik unik yang akan mewarisi gen dari ibubapa mereka termasuk warna, ciri-ciri dan sifat kosmetik lain.

Pokémon Go' makers try their luck with new Tamagotchi-like figures | The  Star

Pemain juga akan dianggil Keepers dan perlu menjaga Dots mereka untuk menjadi lebih gembira, sihat dan disayangi.

Anda perlu memberi Dots makan, bermain dengan mereka dan membawa mereka mengembara.

Keepers juga boleh membiak Dots mereka dengan Dots kepunyaan orang lain.

Anda kini boleh pra-daftar Peridot di Apple App Store dan Google Play Store.

Peridot akan hadir secara rasmi pada 9 Mei ini termasuk di Malaysia.

RELATED NEWS

+