Pokemon Go Tambah Masuk Pokemon Gen 4 – Ayuh Tangkap Turtwig, Chimchar & Piplup

Pokedex Pokemon Go kini diperluaskan dengan pokemon dari kawasan Sinnoh yang mula diperkenalkan dalam Pokemon Pearl, Diamond & Platinum pada tahun 2006.

Buat pertama kali, pokemon generasi ke-4 akan muncul dalam Pokemon Go dan antaranya adalah trio pokemon permulaan iaitu Turtwig, Chimchar, Piplup dan banyak lagi.

Turtwig, Chimchar, Piplup

Kira-kira 107 pokemon generasi ke-4 ditambah masuk ke dalam Pokemon Go. Pokemon-pokemon dari kawasan Sinnoh ini akan muncul secara berkala dalam game AR ini. Korang boleh menangkap terus pokemon di habitatnya, tunggu telur menetas ataupun berlawan dalam Raid Battles.

Menurut laporan awal, berikut adalah pokemon generasi ke-4 tersedia buat masa sekarang:

  • Turtwig, Grotle, Torterra (Pokemon permulaan jenis rumput dan boleh evolve)
  • Chimchar, Monferno, Infernape (Pokemon permulaan jenis api dan boleh evolve)
  • Piplup, Prinplup, Empoleon (Pokemon permulaan jenis air dan boleh evolve)
  • Starly, Staravia, Stararaptor
  • Bidoof, Bibarel
  • Kricketot, Kricketune
  • Buneary, Lopunny

Seperti biasa, terdapat juga pokemon generasi ke-4 yang terhad kepada sesetengah negara sahaja, lalu menjadi koleksi pokemon ini jarang untuk didapati (melainkan korang rela mengembara ke luar negara semata-mata menangkap pokemon atau ada kawan yang rela trade pokemon dengan korang).

Walaupun masih lagi belum dipastikan, ini adalah pokemon terhad menurut pemerhatian komuniti The Silph Road:

  • Chatot (muncul di hemisfera utara seperti Brazil, Australia, Uruguay, Argentina, South Africa, Chile, Zambia, Paraguay, New Zealand)
  • Carnivine (muncul di kawasan artik seperti Kanada, Russia)
  • Pachirisu (muncul di negeri-negeri di bahagian tenggara Amerika Syarikat)

Saksikan trailer acah kemasukan pokemon generasi ke-4 dalam Pokemon Go oleh Niantic di bawah:

Jadi, apa tunggu lagi? Pokemon Trainers, tibalah masa untuk update koleksi Pokedex Pokemon Go korang!

RELATED NEWS

+