Peringkat akhir Brawl Stars Asia Pasifik (Snapdragon Pro Series) akan diadakan di Battle Arena, 30 Julai ini

ESL Gaming mengumumkan peringkat akhir kejohanan Brawl Stars Finals Asia Pasifik akan berlangsung pada 30 Julai ini di Kuala Lumpur, Malaysia.

Empat pasukan terbaik dari musim cabaran serantau akan bermain di Battle Arena, Kuala Lumpur di hadapan penonton. Mereka akan bermain menerusi format double-elimination.

“Impian kami adalah mencipta ‘Era untuk Semua’ dengan e-sukan peranti pintar ‘Snapdragon pro Series’ dan kami memang teruja dengan pencapaian setakat ini bagi musim pertama,” kata Kevin Rosenblatt, Pengurus Besar, Mobile di ESL Gaming.

“Kami ada setengah juta pemain dalam program setakat ini dan kami mengharapkan lebih ramai lagi pada baki suku kedua tahun ini, meningkatkan lagi tahap kompetitif bagi e-sukan mudah alih,” tambahnya.

Jangan lupa ke Facebook Battle Arena Malaysia untuk perkembangan lanjut bagi kejohanan ini kelak.

RELATED NEWS

+