Luangkan Masa Bersama Famili & Belajar Tentang Esports Di Esports Family Bootcamp

Anda masih lagi terfikir nak buat aktiviti apa bersama seisi keluarga di hujung minggu ini?

Arena esports semakin meniti di bibir rakyat Malaysia terutamanya apabila kerajaan Malaysia mengumumkan peruntukkan bajet RM10 juta khas untuk membangunkan sektor esports dan game development tanah air. Lalu, ini membangkitkan banyak persoalan oleh ibu bapa tentang kebaikan dan potensi besar dalam dua sektor kepada anak mereka.

Battle Arena mengadakan satu kem Esports Family Bootcamp bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang esports dan gaming serta anak-anak muda boleh mengasah bakat terpendam mereka dalam permainan kompetitif. 

Esports Family Bootcamp akan menjawab persoalan hangat berada di kotak fikiran ibu bapa seperti:

  • Untuk memahami apa itu esports, gaming dan memperbetulkan beberapa salah faham berkaitan dalam sektor ini
  • Untuk mengetahui potensi dan masa hadapan industri esports
  • Untuk melihat esports melalui perspektif si cilik
  • Untuk menggalakkan persaingan sihat dan memupuk semangat kesukanan

Kem ini akan diadakan pada hari Sabtu, 10 November di Battle Arena Malaysia, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya. Bagi ibu bapa yang berminat untuk menyertai kem ini, anda boleh daftarkan terlebih dahulu diri di sini dengan bayaran sebanyak RM35 untuk pasangan ibu bapa dan anak. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang kem Esports Family Bootcamp seperti jadual kem dan game apa bakal dimainkan bersama-sama, korang boleh layari laman Facebook Esports Family Bootcamp terus.

RELATED NEWS

+