Brawl Stars melancarkan set skin terbaru bersama sebuah muzik video

Permainan arena brawler dari Supercell, Brawl Stars kali ini melancarkan set skin terbaru mereka yang diinspirasikan daripada budaya pop punk, iaitu Bad Randoms. Skin ini sudah tersedia di stor dalam permainan.

Selain itu, mereka juga melancarkan sebuah muzik video sempena meraikan pelancaran skin terbaru mereka di laman YouTube rasmi Brawl Stars, yang bertajuk “We Can’t Corporate”. 

Bagi skin terbaru mereka, pemain akan mendapat tiga skin berbeza untuk karakter Stu, Poco dan Buzz yang akan menampilkan kesan, animasi, bunyi dan tekstur khas sempena Bad Randoms.

Bagi mereka yang berminat, skin untuk Stu dan Poco akan dijual di dalam kedai dalam permainan. Tetapi, skin untuk Buzz hanya boleh didapati sebagai sebahagian daripada ganjaran Battle Pass.

Selain itu, pembangun juga melancarkan skin untuk karakter Vicious Bibi yang kini tersedia di stor dalam permainan.

Brawl Stars kini tersedia di platform iOS dan Android.

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+