Perkasakan Industri E-Sukan Di Peringkat Akar Umbi

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim menyifatkan inisiatif Media Prima Digital dan Celcom XPAX bagi menjayakan Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 2 adalah satu usaha yang mampu meningkatkan lagi industri e-sukan di peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri pelancaran Celcom XPAX KEK Semester 2 yang berlangsung di Pentas@Celcom, Celcom Axiata Berhad, Petaling Jaya. 

Tambahnya, e-sukan adalah industri yang makin berkembang dan komitmen kerajaan untuk memperkasakan industri ini adalah penting bagi menggalakkan pemain industri dan sektor swasta bekerjasama.

“Dari segi atlet e-sukan, rekod menunjukkan atlet negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan ia satu petanda yang baik. Namun, bagi organisasi dan persatuan yang menganjurkan kejohanan e-sukan yang kecil mahupun besar, ia perlu dikemaskini lagi untuk menjadikan sektor ini lebih sistematik dan teratur,” katanya.

Beliau juga turut menyebut tentang e-sukan yang menggabungkan elemen sukan dan e-sukan iaitu Hado, satu permainan virtual realiti yang menggalakkan pemain mengeluarkan peluh dengan bantuan teknologi VR.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata pihaknya teruja dengan kejayaan dan maklum balas positif diterima berkenaan #XPAXKEK.

“Melihat kepada komuniti e-sukan terus berkembang, XPAXKEK bukan saja menjadi platform cari bakat muda tapi juga melibatkan penyertaan akar umbi di seluruh malaysia.

“Ia adalah acara untuk mendidik, menghibur dan membantu komuniti e-sukan tempatan menggilap bakat dan mencari peluang karier dalam industri berkaitan di masa depan,” katanya.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semester ini akan menyaksikan dua permainan mudah alih dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Adakah universiti korang bakal menjulang trofi juara XPAX KEK Semester 2? Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan e-sukan kampus terbesar ini, korang boleh daftarkan pasukan mengikut zon yang telah ditetapkan melalui laman sesawang rasmi di sini.

XPAX KEK Semester 2 dicetuskan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels serta disokong oleh MDEC, Mobile Lgends E-Project, KBS & ESM. 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+