Perlawanan selama 40 minit, mental Todak lebih kuat

Perlawanan terakhir pada hari kedua menyaksikan pasukan Geek Fam akan bertemu dengan pasukan Todak untuk mara ke peringkat lower bracket final.

Pemenang akan berlawan dengan pasukan Orange Esports pada esok hari.

Todak menggunakan draft natan sebagai jungler mereka untuk perlawan kedua. Mereka mempunyai kelebihan pada minit awal permainan.

Mengambil objektif dan mengawal peta untuk memberikan tekanan kepada pasukan Geek Fam.

Namun begitu, pasukan Geek Fam masih mampu bertahan dan membalas serangan Todak meskipun ketiga-tiga inhibitor turret mereka dihancurkan oleh pasukan Todak.

Pertarungan demi pertarungan berlaku dan kedua-dua pasukan ini masih gagal untuk menutup permainan.

Perlawanan sudah berlanjutan hingga ke minit 39 dan pasukan Todak berjaya menumbangkan Maima di bahagian tengah.

Pasukan Geek Fam yang hanya tinggal 4 orang ahli tidak mampu untuk mempertahankan crystal mereka dan akhirnya Todak menang pada minit ke-40.

Ini adalah perlawanan yang paling lama di dalam pusingan liga dan playoff setakat ini.

Pasukan Todak lebih berdisiplin dan mereka berjaya mengawal mental mereka supaya tidak kecundang selepas pertarungan yang begitu lama.

Pasukan Todak akan bertemu dengan Orange Esports pada esok hari untuk menentukan siapa yang layak ke peringkat grand final dan mendapat slot ke Kejohanan Dunia M3 nanti.

RELATED NEWS

+