Permainan battle royale mudah alih FFVII The First Soldier mungkin akan ke konsol dan PC

Final Fantasy VII The First Soldier adalah permainan battle royale berperisa Final Fantasy yang boleh dimainkan di secara percuma di peranti mudah alih masing-masing. Setelah dilancarkan lebih kurang 1 bulan lalu, Square Enix menghantar borang tinjauan kepada pemain-pemain agar dapat memperbaiki permainan itu dengan lebih baik.

Pemain yang tajam matanya akan menyedari bahawa terdapat sebuah soalan dalam tinjauan itu yang bertanya: “Antara ini yang manakah paling anda mahukan daripada FF7FS?” Berikut adalah pilihan yang ada. Antaranya ialah permintaan konsol atau port PC.

Ini antara pilihan jawapan yang tersedia untuk soalan itu:

  • Penambahbaikan keseluruhan kepada kawalan.
  • Lebih banyak reka bentuk kostum.
  • Lebih banyak senjata, bahan dan gaya.
  • Lebih banyak pelarasan permainan.
  • Lebih banyak mod permainan, lebih banyak peta.
  • Lebih banyak komunikasi dengan pemain lain.
  • Versi PC/konsol permainan.
  • Acara kerjasama dengan tajuk lain.
  • Tiada yang khusus.
  • Lain-lain.

Jika anda menerima tawaran untuk mengisikan set soalan ini, lakukan demikian. Ini kerana Square Enix menawarkan pemain yang mengisikan set soalan ini akan mendapat dua Tiket Shinra Pack untuk barangan kosmetik. Tambahan pula, Jika lebih 7,777 mengisinya, semua orang akan mendapat Shinra Pack Ticket tambahan.

Sumber rujukan: Siliconera

RELATED NEWS

+