Permainan Demon Slayer akan dilancarkan untuk PC, PS5, Xbox Series, dan Xbox One

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan telah disahkan akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 5 (PS5), Xbox One, dan Xbox Series. Sebelum ini, ia hanya disahkan akan tiba untuk PlayStation 4 (PS4).

Permainan ini dijangka akan tiba pada tahun ini tetapi penerbitnya Aniplex masih belum mengumumkan tarikh pelancaran tepat. Ia merupakan permainan Demon Slayer pertama yang bakal dilancarkan untuk PC dan konsol.

CyberConnect2, studio di sebalik permainan ini, telah menerangkan bahawa Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan merupakan sebuah permainan pertarungan yang akan membenarkan pemain untuk menikmati jalan cerita asal anime dan manga Demon Slayer.

Ia juga akan mempunyai mod permainan multi-pemain secara dalam talian dan luar talian. Antara watak-watak yang disahkan akan muncul dalam permainan ini adalah Tanjiro, Nezuko, Zenitsu, Inosuke, dan Giyu.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+