Permainan pencipta Bioshock seterusnya menghadapi masalah pembangunan

BioShock adalah salah satu permainan terbaik pada eranya hasil idea Ken Levine. Ia berjaya menggabungkan elemen seram bersama plot penceritaan yang amat mantap. Manakala, sambungannya, BioShock Infinite pula ditukar hala tuju dan permainan itu lebih ke arah permainan aksi. Walaupun begitu, BioShock Infinite masih mengekalkan tahap penceritaan luar biasa dan permainan itu masih hebat jika dimainkan pada waktu sekarang.

Namun demikian, laporan menyatakan permainan baru Ken Levine, ketua studio permainan itu, menghadapi masalah pembangunan. 

Menurut wartawan industri permainan video Jason Schreier, bahawa Ghost Story, bahagian Take-Two Interactive yang mempunyai kakitangan bekas ahli studio lama Ken Levine, Irrational Studios, pada asalnya sepatutnya melancarkan permainan kecil pada tahun 2017. Projek itu adalah penembak sci-fi yang terletak di stesen angkasa lepas yang penuh misteri di mana tiga puak akan bertindak balas terhadap tindakan pemain tersebut.

Tetapi skop projek itu nampaknya lebih besar daripada yang boleh dikendalikan oleh pasukan 30 orang, termasuk ‘sistem dialog rumit yang akan berubah berdasarkan pilihan pemain.’ Sehingga 2022, projek itu nampaknya berulang semula beberapa kali dan masih tidak mempunyai nama atau tarikh pelancaran.

Levine juga dikatakan sebagai punca masalah ini kerana beliau inginkan kesempurnaan. Menurut beberapa staf yang pernah berkerja bersama beliau, mereka mengatakan bahawa projek akan tiba-tiba dibaik pulih atau dibatalkan selepas berbulan-bulan bekerja. Oleh itu, permainan ini dilaporkan sudah bertukar arah berkali-kali.

Sumber rujukan: GameRant

 

 

RELATED NEWS

+