Bapa adalah tokoh dan ketua yang berperanan untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya. "> Bapa adalah tokoh dan ketua yang berperanan untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya. " /> Bapa adalah tokoh dan ketua yang berperanan untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya. " />

Senarai watak bapa yang ikonik dalam permainan video – Selamat Hari Bapa!

Bapa adalah tokoh dan ketua yang berperanan untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya.

Sempena menyambut Hari Bapa ini, mari kita lihat beberapa watak bapa-bapa ikonik dan terkenal dalam dunia permainan video:

1. Barret Wallace (Final Fantasy VII)

Barret adalah salah satu karakter dari FFVII. Barret adalah seorang yang sangat bersemangat, orang yang mengikut emosi dan paling penting sangat penyayang walaupun dengan badan yang berotot.

Sifat ini ditunjukkan dengan anak perempuannya sendiri Marlene.

Barret sentiasa merasakan konflik diantara menyelamatkan dunia atau menjaga anaknya namun kini berjuang untuk menjaga masa depan anaknya dan menanggap anaknya lebih hebat dan kuat dari dirinya sendiri.

2. Lee Everett (Telltale Games The Walking Dead: Season One)

Lee and Clementine - The Walking Dead | The walking dead lee, The walking  dead, Clementine walking dead

Lee Everett adalah protagonis di dalam Telltale Games The Walking Dead. Lee sebelum ini telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang senator kerana senator itu meniduri isteri Lee.

Namun Lee terlepas dari hukuman tersebut akibat serangan mayat hidup. Lee kemudian terjumpa seorang budak perempuan bernama Clementine.

Lee menjaga Clementine dengan penuh kasih sayang. Lee juga menjadi penyebab Clementine kini pandai mempertahankan diri dari orang lain mahupun undead.

3. Joel Miller (The Last of Us)

gaming Ellie idk joel videogames Naughty Dog the last of us edit by eri  tlou !TLOU ellie williams joel miller !over500notes this could have been  waaay better tbh don't really like

Joel Miller pernah kehilangan satu-satu anak perempuannya Sarah semasa awal-awal wabak yang menyerang.

Joel yang kini menjadi seorang yang agak kejam dan sinis ditugaskan untuk menyeludup dan menjaga Ellie yang dikatakan gadis yang bakal menyelamatkan seluruh manusia dari pupus.

Walaubagaimanapun, Joel dan Ellie kini mempunyai ikatan yang bagaikan ayah dan anak. Joel kini menjadi sorang yang sangat melindungi Ellie dari bahaya. Namun Joel juga takut untuk kehilangan orang yang tersayang sekali lagi seperti Sarah.

4. OctoDad (OctoDad: Dadliest Catch)

Octodad merupakan seorang sotong kurita yang mengahwini cinta hatinya Scarlet dan dikurniakan dua orang anak iaitu Stacy dan Tommy. Namun orang-orang disekeliling Octodad tidak sedar bahawa dia adalah seekor sotong kurita yang boleh menjadi sorang manusia.

Octodad adalah seorang ayah yang baik dan disayangi keluarganya.

5. Booker DeWitt (BioShock)

Brunettes women video games BioShock steampunk Bioshock Infinite Booker  Dewitt Anna DeWitt wallpaper | 2560x1600 | 260570 | WallpaperUP

Booker dahulunya adalah seorang askar yang kejam tetapi akhirnya menyesal dan insaf dengan perbuatannya dahulu yang telah membunuh ramai orang.

Beliau kemudian berkahwin dengan Annabelle dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Anna.

Namun, Annabelle meninggal dunia selepas melahirkan Anna lalu menyebabkan Booker kemudian mengalami masalah kemurungan dan hanya minum alkohol dan berjudi.

Hutangnya makin banyak dan suatu hari telah menjual anaknya, Anna kepada Comstock untuk menyelesaikan hutangnya.

Booker namun sedar atas perbuatannya dan terus pergi untuk menyelamatkan Anna tetapi terlepas masa pergelutan dengan Comstock. 20 tahun kemudian Anna yang kini digelar Elizabeth dalam bahasa dan Booker berusaha untuk menyelamatkan anaknya kembali tapi apakah daya anaknya tidak tahu beliau adalah bapanya.

6. Gywnevere, Lord of Cinder (Dark Souls 3)

Gwyn Lord of Cinder | Dark Souls Wiki

Satu-satunya bapa ikonik yang jahat dalam senarai ini. Gywn setelah dibuang oleh abangnya The Nameless King atas perselisihan pendapat.

Gwynevere meninggalkan bandarnya, kemudian mengahwini flame god dan mendapat dua orang anak prempuan Gwyndolin dan Filianore.

Gywndolin dipaksa untuk menjadi sebagai anak lelaki apabila dia mempunyai kuasa magik yang disukai bapanya. Filianore pula dihantar jauh ke negara lain untuk dijaga.

Gywn pernah benjanji untuk kembali ke Filianore tetapi Gywn sebaliknya membunuh diri dengan membakar diri sendiri.

7. Kratos (God of War)

Siapa sangka Kratos – God Of War yang pernah menghancurkan seluruh peradaban dan dewa mitologi Greek menjadi seorang bapa yang sangat-sangat baik kepada anaknya Atreus.

Kratos sangat mengambil berat tentang anaknya walaupun tidak bercakap banyak tapi menunjukkan telaadan yang baik. Walaupun kehilangan isteri, Kratos berjaya menjaga Atreus. Kratos juga banyak membantu banyak dalam pembangunan karakter anaknya di Alfheim.

Kratos juga pergi ke neraka untuk menyelamatkan anaknya. Betul anda tidak salah dengar memang neraka tapi versi mitologi Norse. Sehingga Atreus sendiri sedar akan kehebatan bapanya.

Sebagai sorang dewa, Kratos juga belajar dari kesilapan lampau. Dalam pengembaraaan Kratos dan Atreus, beliau sentiasa menunjukkan bahawa beliau akan melakukan apa sahaja sebagai soerang bapa. 

Walaupun watak bapa-bapa ini cuma karakter dalam permainan video, tetapi banyak tauladan boleh dipelajari dari karakter yang disenaraikan di atas. Jangan lupa ucapkan ‘Selamat Hari Bapa’ kepada bapa anda!

RELATED NEWS

+