Jutawan dan bekas eksekutif Walmart, Marc Lore berkongsi visinya untuk membina sebuah bandar baru di Amerika, yang akan menelan belanja sebanyak AS$400 bilion (RM1.66 trillion)."> Jutawan dan bekas eksekutif Walmart, Marc Lore berkongsi visinya untuk membina sebuah bandar baru di Amerika, yang akan menelan belanja sebanyak AS$400 bilion (RM1.66 trillion)." /> Jutawan dan bekas eksekutif Walmart, Marc Lore berkongsi visinya untuk membina sebuah bandar baru di Amerika, yang akan menelan belanja sebanyak AS$400 bilion (RM1.66 trillion)." />

Seorang jutawan ingin bina bandar seperti Rapture dari BioShock, telan belanja RM1.66 trillion

Jutawan dan bekas eksekutif Walmart, Marc Lore berkongsi visinya untuk membina sebuah bandar baru di Amerika, yang akan menelan belanja sebanyak AS$400 bilion (RM1.66 trillion).

CNN melaporkan bahawa bandar baru itu yang akan dinamakan Telosa, sedang dirancang untuk menjadi metropolis lestari yang terletak di padang pasir di suatu tempat di Amerila Syarikat. Buat masa ini, perancang bandar sedang mempertimbangkan Nevada, Utah, Idaho, Arizona, dan Texas.

Susun atur bandar bertujuan untuk membolehkan penduduk masuk ke tempat kerja, sekolah, atau apa sahaja yang mereka perlukan dalam masa 15 minit.

Tujuannya adalah untuk Telosa menjadi mesra alam, dengan sumber tenaga dan air yang mampan. Di tengah-tengah bandar itu adalah Equitism Tower, sebuah bangunan pencakar langit yang dirancang untuk menjadi ‘mercu tanda kota’ itu.

Rancangan itu mengatakan bandar ini akhirnya akan berkembang menjadi 150,000 ekar, menyokong 5 juta orang. Walau bagaimanapun, impian itu sekurang-kurangnya perlukan 40 tahun lagi. Fasa pertama nampaknya memerlukan 10-20 tahun untuk dicapai, dan akan menyokong 1 juta penduduk di bandar ini.

Bandar ini dapat membangkitkan kenangan Rapture dari siri permainan BioShock, utopia bawah laut yang besar yang dirancang untuk membantu masyarakat berkembang. Namun, para penyokong Telosa mengatakan bahawa tujuan mereka bukan untuk mencipta utopia, melainkan tetap fokus pada apa yang boleh dicapai.

Berkenaan dengan BioShock, ia dijangakakan bahawa BioShock 4 tidak akan mengambil tempat di Rapture atau Columbia dari BioShock Infinite.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI

RELATED NEWS

+