Persona Theory Games umum tukar pengurusan selepas kes gangguan seksual dan salah laku tempat kerja

Studio permainan video indie Malaysia, Persona Theory Games (PTG) baru sahaja mengumumkan mereka sudah buat beberapa perubahan untuk studio itu.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas kes gangguan seksual dan salah laku tempat kerja yang berlaku di Persona Theory Games.

Laporan ini dikeluarkan oleh satu laman berita permainan video Malaysia iaitu TheMagicRain.

Persona Theory Games mengatakan mereka akan membuat perubahan besar dan memperkenalkan pengurusan baru dengan fokus membawa budaya positif dan inklusif.

Studio itu juga tidak memberikan apa-apa komen mengenai kejadian yang berlaku dikatakan untuk menjaga maklumat peribadi orang yang berkaitan bagi menjaga integriti syarikat.

“Kami sudah mengambil langkah proaktif untuk memastikan syarikat kami sedar dengan piawaian profesionalisme, etika, dan akauntabiliti. Kami juga berdedikasi untuk memupuk budaya yang lebih telus dan komunikasi yang terbuka,” dari Persona Theory Games.

Saqina Latif yang merupakan Pengarah Urusan serta Pengasas Bersama PTG juga akan menarik diri buat sementara waktu dari studio itu.

Sementara itu, Abu Huraira dan Ahmad Helmi bakal menjadi pemangku Ketua Pegawai Esekutif buat masa ini.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi di laman Persona Theory Games mahupun di sosial media mereka.

Rujukan: The Magic Rain

RELATED NEWS

+