Pelakon Suara Tighnari Genshin Impact bakal dibuang – kes gangguan seksual

Elliot Gindi dikenali ramai peminat Genshin Impact sebagai pelakon suara Bahasa Inggeris Tighnari yang juga salah satu karakter dalam Genshin Impact.

Dia kini menjadi tumpuan orang ramai apabila beberapa tuduhan salah laku dan gangguan seksual dibuat olehnya.

Malah, pelakon suara itu sendiri berkongsi satu ciapan Twitter mengaku atas beberapa kesalahannya, termasuk menafikan pertuduhan dan memohon maaf.

Kontroversi ini menjadi begitu besar dalam komuniti Genshin Impact dan ramai peminat dan rakan sekerja berasa marah dan kesal terhadap Gindi.

Hal yang dikongsi oleh beberapa individu tentang perkara yang dibuat oleh Elliot Gindi di mesej Discord.

Salah seorang pelakon suara Genshin Impact terkenal Zach Aguilar (Aether Traveler) juga ada menyuarakan rasa kesal, marah dan tidak mahu lagi ada kaitan dengan pelaku itu.

Kesemua kesalahan dan gangguan seksual yang dibuat oleh Elliot Gindi juga dimuat naik ke Google Docs tapi sudah dibuang oleh Google.

Menurut Kotaku, HoYoverse mengatakan mereka kesal dengan apa yang berlaku terhadap peminat, komuniti dan semua orang yang terlibat.

Mereka kini dalam perbincangan bersama studio pelakon suara untuk mendapatkan penyelesaian bersama.

Hal ini bukan kali pertama berlaku, Li Yuantao selaku pelakon suara Oz Bahasa Mandarin juga dikenakan tindakan oleh HoYoverse pada Oktober tahun 2021 kerana memanipulasi peminatnya untuk perkara seksual.

RELATED NEWS

+