Studio Indie permainan video Malaysia menghadapi kes gangguan seksual dan salah laku tempat kerja

Studio permainan video Malaysia, Persona Theory Games kini dalam pertuduhan kes gangguan seksual dan salah laku tempat kerja.

Persona Theory Games dikenali ramai dengan permainan video Kabaret mereka.

Tuduhan bermula apabila pengguna Twitter JLicious mengatakan perkara ini berlaku terhadap pelatih mereka yang bekerja di syarikat itu.

Ciapan itu juga dibuat semasa Pengasas Bersama Persona Theory Games, Saqina Latif mendapat pencalonan Future Class ketika The Game Awards.

Satu ciapan di Reddit empat bulan lepas juga ada mengatakan hal ini berlaku terhadap satu studio indie.

Pelatih itu menghadapi gangguan seksual di Discord dan dia mengatakan perkara ini berlaku kepada pelatih lain juga.

Beberapa pengguna Twitter lain juga berkongsi pengalaman mereka ketika bekerja di Persona Theory Games.

Seorang pelatih juga mengatakan setiap pelatih akan diberi nama ‘Nameless’ atau ‘tidak bernama’ sehingga mereka membuktikan mereka layak mendapat nama mereka semula.

Sesiapa yang menukarkan nama mereka dari ‘Nameless’ akan mendapat makian dari pihak sana.

Micehellwd mengatakan dia juga antara salah seorang mangsa tetapi semuanya menjadi lebih teruk apabila ramai artis berbakat mula berhenti dari Persona Theory Games.

Satu kenyataan ArtofReinaV mengatakan antara individu yang melakukan perkara ini adalah dari salah seorang yang berjawatan tinggi di syarikat itu.

Difahamkan individu yang bertanggungjawab atas hal ini adalah Buddy Anwardi yang sudah beberapa bulan berhenti bekerja di Persona Theory Games.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari Persona Theory Games.

Bagi sesiapa yang memerlukan sokongan dan bantuan mengenai kes gangguan seksual anda boleh melayari laman awam.org.my

RELATED NEWS

+