Perubahan baru dalam MLBB ini akan jadi cabaran sangat besar untuk jungler

Terdapat perubahan baharu dalam MLBB di mana advanced server menunjukkan yang jarak antara dua minion di jungle iaitu Molten Fiend dan Lava Golem dipendekkan jarak mereka jadi Jungler tidak boleh lagi tarik dan bunuh kedua-duanya serentak.

Ini memberikan kesan yang besar kepada fasa awal jungling. Selain itu, tiada lagi Lord atau Turtle pull yang selalu diamalkan di pentas profesional. Seperti yang kita tahu, jungler kerap menarik Lord atau Turtle ke arah jungle mereka kerana memberi kelebihan kepada ahli pasukan yang menyorok dalam semak. Namun, pemendekkan jarak ini bermakna Lord atau Turtle perlu didapatkan dari jarak yang terhad dan mungkin selepas ini kurang elemen kejutan berbanding dulu.

Selain itu, minions juga bertambah kuat selepas menara di dalam kubu musnah ataupun selepas Lord dikalahkan. Anda akan mendapati Super Minion lebih ‘kebal’ daripada biasa. Ini akan memendekkan tempoh permainan MLBB secara amnya.

Beberapa lagi perubahan boleh ditonton dalam video di atas.

Advanced server tidak bermakna ia adalah perubahan yang pasti dan akan ada pelbagai reaksi dan maklumbalas dari komuniti.

Namun, jika perubahan ini dilakukan maka ia pastinya akan memberikan kesan besar kepada tempo dan teamfight di bahagian Lord nanti.

TAGS

RELATED NEWS

+