Players – drama komedi acah-acah dokumentari e-sukan League of Legends

Dari pencipta American Vandal, drama ini membawa penceritaan sebuah pasukan e-sukan di League of Legends.

Players menceritakan Fugitive Gaming yang juga pasukan fiksyen bertanding untuk League of Legends Championship Series (LCS) di Amerika Utara.

Creamcheese (Misha Brooks) yang menjadi watak utama sebagai pemain veteran yang kurang ajar dengan Organizm (Da’Jour Jones), pemain profesional baharu tetapi berpotensi besar.

Pasukan itu bermula dari tahun 2015 dan kini cuba membuktikan mereka boleh menjadi yang terhebat.

Anda mungkin sudah menonton banyak cerita dan drama e-sukan namun, Players membawa sedikit pintalan yang berbeza.

Fugitive Gaming cuba untuk menjadi pasukan terbaik di dalam LCS yang lama didominasi oleh pasukan-pasukan besar League of Legends.

Malah, cerita ini menampilkan pengulas sebenar yang pernah mengulas untuk pertandingan berprestij LCS.

Anda akan melihat temubual pemain seperti pertandingan e-sukan dan boleh dikatakan cerita adalah mockumentary sebagai pasukan e-sukan sebenar.

Malah, individu terkenal dalam dunia hiburan League of Legends juga akan hadir seperti Scarra, Lilypichu dan beberapa personaliti besar lain.

Apa yang menarik adalah mereka ini menganggap seolah-olah pasukan Fugitive adalah pasukan yang betul-betul wujud.

RELATED NEWS

+