PlayStation Awards 2018 – Undi Sekarang Hingga 8 Oktober Ini

Pada 3 Disember ini, Sony akan hoskan satu program berprestij yang dinantikan selama ini!

Dinamakan PlayStation Awards 2018, ia akan diadakan di Tokyo, Jepun untuk memberi penghargaan kepada pembangun dengan mengumumkan judul PlayStation terbaik di rantau Jepun dan Asia sepanjang tahun ini.

PS Awards ini biasanya diadakan setiap tahun sejak 1994 lagi dan kali ini masuk tahun ke-24. Untuk memberi penghargaan dan kehormatan kepada pembangun dan hasil kerja mereka, Sony akan menganugerahkan Gold Prizes kepada permainan video yang mencatatkan jualan 500,000 unit (dijual dan dimuat turun) di Jepun dan Asia.

Platinum Prizes pula akan dianugerahkan kepada permainan video yang mencatatkan lebih 1 juta unit terjual. 

Tambahan lagi, mereka juga akan memberikan PlayStation Network Award kepada 3 permainan video terbaik dan PS VR Award serta PlayStation VR. Pengguna juga berhak memberi pandangan mereka dengan mengundi 10 permainan untuk menyenaraikannya bagi anugerah Users’ Choice Award

Akhir sekali, Indies & Developer Award akan dipersembahkan kepada 3 permainan video yang memberikan kelainan.

Korang dah boleh mula undi Users’ Choice Award sekarang di laman web PS Awards 2018 bermula hari ini hingga 8 Oktober (11 P.M waktu tempatan).

 

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut: PS Awards 2018 Official Site

RELATED NEWS

+