PlayStation beli studio lagi, studio ketiga untuk tahun ini sahaja

Sony kini memiliki studio pembangun berpangkalan di UK, Firesprite, menjadikan studio permainan ketiga yang dibeli oleh Sony bagi tahun ini sahaja. 

Seperti yang ditulis di PlayStation Blog, Firesprite bekerja rapat bersama Sony dan menghasilkan beberapa tajuk permainan bersama. Mereka membantu dalam mmenghasilkan The Playroom dan The Playroom VR.

Malah, mereka juga membangunkan The Persistence, sebuah permainan shooter seram yang asalnya dilancarkan di PS4 sebagai permainan PSVR sahaja sebelum menjadi versi bukan VR pada PS4, Xbox One, Switch dan PC dua tahun kemudian. 

Firesprite ini dibentuk oleh bekas ahli daripada Sony Livepool yang dibubarkan selepas ianya ditutup pada 2012. Dengan pasukan seramai 250 orang, Firesprite menjadi sebahagian besar kepada pasukan pembangun PlayStation.

Menurut temubual bersama GameIndustry, Firesprite mengesahkan mereka akan membangunkan permainan berbeza genre yang kini diusahakan oleh studio dalaman Sony yang lain. 

Sebelum ini, pada Jun, Sony mempunyai hak milik ke atas Housemarque, sebuah studio daripada Finland yang melancarkan Returnal, sebuah permainan eksklusif PS5. Pada Julai, Sony mengumumkan pemilikan pada sebuah studio daripada Belanda, Nixxes, yang mengkhususkan port permainan ke PC.

Secara keseluruhan, Firesprite menjadi studio ke-14 yang dibeli oleh Sony. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+