PlayStation mula bersedia untuk integrasi Discord

Pada Mei 2021, Sony mengumumkan perkongsian baharu dengan Discord yang bertujuan untuk membawa perkhidmatan komunikasi popular ke konsol PlayStation.

Malangnya, tarikh pelancaran yang tepat untuk integrasi yang dijangkakan tidak didedahkan oleh Sony atau Discord, tetapi pengumuman itu menjangkakan bahawa ia akan berlaku pada awal 2022.

Buat masa ini, Sony dan PlayStation masih senyap dan tiada pengumuman baru tentang integrasi ini. Namun, seorang pengguna Discord nampaknya dapat memautkan akaun PlayStation mereka sebelum pelancaran rasmi ciri ini, dan berkongsikan pengalaman beliau di Reddit.

Walaupun siaran itu sudah dihapuskan oleh moderator Reddit, seorang pengguna menggunakan subreddit Discord untuk mendedahkan bahawa mereka dapat memautkan akaun PlayStation Network mereka ke Discord.

Dalam imej, di bawah tab ‘Connections’ pada Discord, pengguna Reddit itu dapat memautkan akaun biasa mereka seperti Facebook, Steam dan banyak lagi, sambil turut mempunyai pilihan ‘PlayStation Network’ tersedia.

Nampaknya Discord dan PlayStation tidak lama lagi dapat berborak dalam satu pelayan yang sama.

Sumber: PushSquare

RELATED NEWS

+