Naraka: Bladepoint akan dilancarkan pada 12 Ogos ini

Naraka: Bladepoint secara rasminya akan dilancarkan ke konsol pada 12 Ogos. Pembangun permainan itu, 24 Entertainment sudah mengesahkan bahawa ia sedang mengusahakan beberapa versi konsol yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kami masih belum mempunyai tarikh pelancaran yang tepat atau senarai platform mana yang akan digunakan untuk permainan ini, akan tetapi kami yakin pasti PS5 akan berada di dalam senarai itu,” ujar Joe Skrebels, Editor Eksekutif Berita IGN.

Naraka: Bladepoint adalah permainan yang mempunyai 60 orang pemain dengan sentuhan genre battle royale di mana pertempuran jarak dekat diutamakan seperti perkongsian video di atas. Bagi peminat battle royale di luar sana boleh mencuba permainan ini tidak lama lagi.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+