Lelaki saman isteri sebab main PlayStation dengan individu tidak dikenali

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Apa yang membuatkan seseorang itu sanggup untuk menyaman isterinya sendiri hanya disebabkan isteri itu bermain permainan video dengan orang lain?

Menurut The Daily Tribune, seorang lelaki dari Bahrain kini menyaman isterinya di mahkamah shariah dan membuat tuntutan untuk jagaan dua anak perempuan mereka dari ibunya.

Hal ini berlaku disebabkan isterinya itu bermain PlayStation dengan seseorang tidak dikenali.

Pada mulanya, lelaki itu membuat laporan ke pihak polis kerana isterinya diragui dan pernah membawa seseorang ke dalam bilik tidurnya untuk bermain permainan video lebih empat jam pada lewat malam.

Namun, lelaki itu sangat berharap dia boleh menggunakan laporan polis untuk membuat tuntutan mahkamah.

Menurut saksi, dia mengatakan suaminya membuat tuduhan palsu tanpa apa-apa bukti dan mahkamah juga bersetuju.

Kenyataan saksi juga dipersetujui mahkamah kerana suami hanya curiga dengan isterinya dan pernah dituduh memukul dan meninggalkan isteri dan anak-anaknya.

Menurut mahkamah, pasangan itu berkahwin pada tahun 2013 dan bapanya hilang hak jagaan pada tahun 2020.

Peguam isteri itu juga mengatakan hal ini menjatuhkan maruah dan martabat anak guamnya dengan niat untuk memfitnah di hadapan keluarga dan rakan.

Peguam juga menambah bahawa anak guamnya kini sudah membuat laporan untuk perceraian.

Rujukan: The Daily Tribune

RELATED NEWS

+