Insomniac Games digodam: 1.3 juta fail Wolverine, Spider-Man 3 dan lain-lain disebarkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu kumpulan ransomware menggodam Insomniac Games baru-baru ini, dan mereka juga memohon pampasan jika tidak dibayar.

Kumpulan itu digelar Rhysida dan memuat naik 1.67 terabytes data yang mempunyai 1.3 juta fail di laman sesawang gelap mereka.

Data itu termasuklah permainan video Wolverine dan juga pelan jangka panjang Insomniac Games selama 12 tahun seperti dokumen komersial dan strategi yang sensitif, screenshot Slack dan fail peribadi.

Menurut Cyber Daily, Rhysida memohon pampasan sebanyak 50 bitcoin atau AS$ 2 juta untuk data itu.

Boleh dikatakan ini adalah antara penggodaman industri permainan video paling besar pernah terjadi.

Check out today's new Spider-Man 2 story recap trailer, plus full rundown  of the game's Photo Mode

Disebabkan itu, banyak laman sosial seperti Reddit dan Imgur bercerita mengenai plot penuh dan karakter-karakter dalam Wolverine termasuk permainan, video animasi, file permainan dan dokumen rekaan untuk Wolverine.

Mereka juga menyebarkan pelan masa hadapan Insomniac dengan pemilik strategi mereka iaitu Sony Interactive Entertainment.

Antara yang disebarkan adalah pelan Sony untuk menaikkan harga permainan video dari AS$80 ke AS$100 pada tahun 2027.

Venom: Lethal Protector Spin-off Game Detailed in Insomniac Leak - Comic  Book Movies and Superhero Movie News - SuperHeroHype

Terdapat juga maklumat perjanjian di antara Insomniac dengan Marvel seperti bajet dan pelan komersial untuk permainan video yang akan datang.

Tidak lupa juga, data peribadi pekerja-pekerja Insomniac juga disebarkan termasuk dokumen sumber manusia, screenshot dari Slack Insomniac dan beberapa file dari komputer pekerja Insomniac.

Wakil Rhysida mengatakan kepada Cyber Daily motif penggodaman ini hanyalah duit semata-mata.

Mereka juga mengatakan pengeluar permainan video seperti Insomniac adalah sasaran mudah untuk menggodam dan hanya mengambil masa “20-25 minit” sahaja.

RELATED NEWS

+