PlayStation Plus: Dapatkan Batman: Arkham Knight & Darksiders 3 Secara Percuma Untuk September 2019

PlayStation Asia telah mengumumkan game percuma khas untuk pelanggan PlayStation Plus untuk bulan September 2019.

Kali ini, senarai game percuma yang ditawarkan tidak mengecewakan pemain sama sekali. Berikut adalah dua game percuma yang telah tersedia pada bulan ini.

  • Darksiders 3 – game aksi pengembaraan yang merupakan sekuel kepada Darksiders 2 dan korang akan bermain sebagai Fury untuk memburu Seven Deadly Sins di dunia apokaliptik.

  • Batman: Arkham Knight – Bermain sebagai adiwira The Dark Knight untuk mempertahankan bandar Gotham daripada penjahat seperti The Scarecrow, Two-Face, Penguin, Harley Quinn dan ramai lagi. Buat pertama kali dalam siri, korang juga boleh memandu dalam game dibangunkan oleh Rocksteady.

Korang boleh muat turun kedua-dua game ini dari sekarang (4 September) sehingga 1 Oktober.

Sumber: PlayStation Asia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+