Selepas sekian lama menunggu, Sony akhirnya mengumumkan PlayStation Showcase yang akan datang. Fokus acara kali ini adalah pada permainan yang akan datang untuk PS5 dengan rancangan masa hadapan dari PlayStation Studios dan pembangun permainan PlayStation yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 dan seterusnya."> Selepas sekian lama menunggu, Sony akhirnya mengumumkan PlayStation Showcase yang akan datang. Fokus acara kali ini adalah pada permainan yang akan datang untuk PS5 dengan rancangan masa hadapan dari PlayStation Studios dan pembangun permainan PlayStation yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 dan seterusnya." /> Selepas sekian lama menunggu, Sony akhirnya mengumumkan PlayStation Showcase yang akan datang. Fokus acara kali ini adalah pada permainan yang akan datang untuk PS5 dengan rancangan masa hadapan dari PlayStation Studios dan pembangun permainan PlayStation yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 dan seterusnya." />

Segala yang anda perlu tahu tentang PlayStation Showcase 2021!

Selepas sekian lama menunggu, Sony akhirnya mengumumkan PlayStation Showcase yang akan datang. Fokus acara kali ini adalah pada permainan yang akan datang untuk PS5 dengan rancangan masa hadapan dari PlayStation Studios dan pembangun permainan PlayStation yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 dan seterusnya.

PlayStation Showcase 2021 akan berlangsung pada hari Jumaat, 10 September, 4 AM waktu Malaysia.

Siaran ini akan berjalan sekitar 40 minit, jadi bersiaplah dengan minuman dan mungkin juga sedikit makanan ringan. Ikuti pautan di bawah untuk terus ke siaran PlayStation Showcase:

Setakat ini, kita bakal menjangkakan kemaskini dari PlayStation Studios dan pembangun di sebalik beberapa permainan PS5 yang akan datang. Selepas siaran ini, kemungkinan akan ada lagi dari beberapa studio yang dipaparkan dalam rancangan itu, jadi jika rancangan itu merangkumi beberapa kegemaran anda, pastikan untuk terus menonton.

Siaran ini akan mengetengahkan permainan dari studio besar dan kecil, jadi jika anda berminat dengan permainan bertaraf AAA atau permainan indie, pasti akan ada sesuatu untuk anda.

Sony juga tidak menyebut apa-apa perkara tentang PSVR 2, jadi kebarangkalian besar ia tidak akan dipersembahkan di PlayStation Showcase ini.

Ini sahaja maklumat yang diterima buat masa ini, tetapi jangkaan kami akan ada juga beberapa lagi permainan yang bakal dilancarkan tahun ini seperti Deathloop, Deathwire: Tokyo, Five Nights at Freddy’s: Security Breach, Goodbye Volcano High, dan Little Devil Inside.

Selain itu, dijangkakan tayangan beberapa permainan yang akan dilancarkan pada tahun 2022 seperti Horizon: Forbidden West, God of War Ragnarok, Solar Ash, Project Athia, Hogwarts Legacy, and Pragmata.

Permainan seperti Heavenly Bodies, Jett: The Far Shore, Stray, and Final Fantasy XVI mungkin tidak akan ditayangkan lagi kerana belum adanya jangkamasa atau tarikh lancaran.

RELATED NEWS

+