7 masalah gamers yang kini dah tak wujud pun

Tak dinafikan, permainan video mengalami fasa transformasi yang nyata.

Lebih mudah juga dari dulu apabila kita tidak perlu lagi menghadapi beberapa masalah sebagai seorang gamer.

Sudah pasti anda ingat pelbagai masalah yang anda hadapi semata-mata untuk menjadi seorang gamer:

1. Isu kabel kena ikut warna

500pcs For SONY PS1 PS2 PS3 6FT Gamepad Cable 1.8m Length Audio Video AV Cable  Cord RCA for PlayStation PS1 PS2 PS3 Game Cable| | - AliExpress

Tiada lagi masalah terlalu banyak kabel bewarna merah, putih dan kuning.

Untuk yang masih ingat dulu kabel coaxial untuk PS1 dan PS2 pasti akan membuat ada berasa susah. Bayangkan jika salah satu tempat kabel itu rosak?

Permainan video anda akan tampak tidak cantik akibat tidak cukup penggunaan warna dari kabel coaxial yang ada.

Malah ada juga yang perlu diperbaiki menggunakan skru ke dalam port kabel.

2. Tiada lagi pembelian memory card

Bought a PS1 memory card (Slot 2). What saves are these?: gamecollecting

Semuanya kini disimpan ke dalam konsol anda tanpa rasa takut untuk hilang.

Kad memori 8MB-128MB untuk PS2 nyata memberi anda hanya sedikit ruang untuk menyimpan save data yang ada.

Kini anda tidak perlu lagi membeli kad memori. Tidak lupa juga semasa adanya PS1 dimana setiap memori permainan video terpaksa dibuang akibat tidak cukup kotak?

3. Perlu beli bateri

Game Boy Advance Battery Replacement - iFixit Repair Guide

Sekarang bateri digunakan untuk tetikus dan hanya alat kawalan lama anda.

Pernah tak rasa apabila sedang bermain GameBoy dan tiba-tiba bateri habis begitu sahaja dan anda pula terlupa untuk save?

Paling menyedihkan anda terpaksa menggunakan bateri murahan yang sudah pasti akan habis dalam masa lebih cepat.

Kini tiada lagi terima kasih kepada bateri cas semula.

4. Multi-pemain splitscreen

Every Halo FPS from now on will have split-screen • Eurogamer.net

Sekarang masih ada lagi permainan video dengan splitscreen multiplayer tetapi tidak lagi untuk permainan video kompetitif.

Apabila bermain dengan saudara-mara pasti akan bergaduh akibat saudara anda atau anda sendiri menipu dengan melihat skrin pihak lawan.

Fungsi ini masih wujud untuk sesetengah permainan video tetapi tidak semua.

5. Sewa permainan video atau CC untuk konsol

5 Nostalgic Things That You Rarely Found Anymore When You Visit the PS1  Rental | Dunia Games

Dahulu ada beberapa kedai yang menjual permainan video membuat servis sewa. Tidak ramai yang mampu untuk membeli permainan video tetapi menyewa permainan video?

Malah ada yang membuka kedai seperti kafe siber tetapi hanya untuk konsol sahaja.

PS1 dan PS2 menjadi pilihan ketika ini.

Pulang dari sekolah tetapi terus pergi ke kafe siber dengan perkhidmatan konsol untuk menyewa atau terus bermain dengan rakan-rakan pasti menjadi memori yang tidak dilupakan.

Sekarang anda tidak perlu lagi menyewa kerana banyak permainan video sekarang yang boleh dikatakan sangat murah seperti steam sales dan sebagainya.

6. Lebih dari satu cakera padat untuk satu permainan video atau tiada cakera padat langsung

My original non-international version of Final Fantasy VII! Complete in box  with Obi Strip! I'm so chuffed!: FinalFantasyVII

Lebih dari satu cakera padat untuk satu permainan video adalah sesuatu yang sudah lama wujud sehingga datangnya PS2 apabila majoriti dari permainan yang ada hanya memerlukan satu disc sahaja untuk bermain.

Dahulu Final Fantasy VII untuk platform PS1 mempunyai tiga disc untuk bermain. Yang lebih menyedihkan anda juga tidak tahu bahawa disc lain itu akan berfungsi atau tidak.

7. Tiada sesiapa untuk tolong

Getting Used to Life without Gaming - Game Quitters

Internet suatu masa dahulu tidak dimiliki oleh semua orang. Jadi apa anda perlu buat jika anda tidak dapat memenangi sesuatu bos atau tidak tahu menyelesaikan teka-teki?

Tanya rakan anda yang sudah membuat teka-teki atau sudah memenangi perlawanan bos itu.

Malah ada juga beberapa majalah lama seperti Gempak yang memberi anda bertanya soalan mengenai tips permainan video yang anda main.

Kini anda mempunyai Youtube, malah beribu-ribu jenis laman sesawang untuk mencari tips bagi permainan video yang anda main.

Apa lagi nostalgia dulu-dulu sebagai seorang gamer yang anda rasa kini tidak lagi menjadi masalah untuk semua?

RELATED NEWS

+