PMCO: Team Secret Hadiahkan Malaysia Chicken Dinner Pertama

Akhirnya, pasukan negara, Team Secret menghadiahkan Malaysia Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pertama pada hari ketiga liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split yang berlangsung di Shanghai, China.

Dalam bulatan terakhir, Team Secret Alexer berjaya mencetuskan keajaiban ke atas pasukan Thailand, MEGA Conqueror, menembak dua ahli mereka yang berada di celah batu. Selepas itu, dia terus mara untuk melenyapkan riwayat kedua karakter malang itu.

Namun, Online24, satu-satunya ahli Mega yang tinggal cuba untuk bertahan dan menembak jatuh AleXer yang sedang reload. Situasi bertambah genting apabila Potato membaling molotov dan cuba menewaskan Online24. Namun, selepas menggunakan first aid, dia berjaya menembak Potato kembali lalu pemain Singapura itu terpaksa mengangkat bendera putih, meninggalkan kapten, BiuBiu seorang diri.

Perlawanan prone antara BiuBiu dan Online24 membuktikan pemain Malaysia ini lebih handal sekali gus menghadiahkan Chicken Dinner pertama buat Malaysia.

Mereka berjaya mengumpul 26 mata dalam pusingan itu. Setakat hari ketiga, Team Secret mengumpulkan 79 mata dan di tangga keenam carta. Tahniah!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+