PMCO: Teruskan Perjuangan Secret!

Skuad profesional PUBG Mobile dari Malaysia, Team Secret berhempas pulas dalam kejohanan PMCO Spring Split Global Finals Prelims kali ini tapi mungkin nasib tidak berapa menyebelahi mereka pada hari pertama ini.

Dalam enam pusingan dipertandingkan, Team Secret berjaya membolot keseluruhan 66 mata dan berada di kedudukan kesembilan.

Team Secret dianggotai oleh BiuBiu, Stewart9k, SinB Neo dan AlexER.

Pada perlawanan pembukaan, mereka berpuas hati di kedudukan ke-14 dengan empat mata saja.

 

Tapi pada perlawanan kedua dan ketiga, Secret berjaya merapatkan kedudukan dengan memperoleh top 5.

 

Perlawanan kedua.

 

Perlawanan ketiga.

 

Pada perlawanan keempat, kedudukan mereka agak tidak baik dengan hanya memperoleh 5 mata sahaja.

 

Pada perlawanan kelima, mereka berjaya mendapat top 8 dengan 12 mata.

 

Mereka melabuhkan tirai hari pertama ini dengan keseluruhan 66 mata dan di kedudukan kesembilan. Agak membimbangkan kedudukan mereka ini namun perbezaan mata dengan top 5 adalah lebih kurang 33 mata dan mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua Chicken Dinner esok untuk merapatkan kedudukan.

Buat hari pertama ini, skuad dari China, X-Quest paling cemerlang dengan 181 mata diikuti skuad Thailand, Purple Mood.

Skuad Taiwan, NVM dan All Rejection Gaming dari negara matahari terbit turut cemerlang di top 5. Sementara itu, pasukan dari Amerika Utara, Omen Elite kini menjadi satu-satunya skuad dari Barat yang berjaya menduduki tangga lima teratas. Keseluruhan mata antara top 4 hingga top 8 tidak banyak beza dan mereka akan mengalami perubahan kedudukan pada bila-bila masa saja esok.

PMCO Global Finals Prelims bermula hari ini hingga esok (Ahad) menyaksikan 16 pasukan dari serata negara yang berentap merebut kedudukan 5 teratas untuk layak ke finals pada 26 Julai ini.

Finals akan berlangsung selama dua hari di Berlin, Jerman dengan hadiah kemenangan USD400,000 (RM1.6 juta). 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar featured image dan carta pemarkahan: Youtube PUBG Mobile

RELATED NEWS

+