PMPL: Dingoz MZ memperoleh Chicken Dinner pertama di hari ketiga

Pada waktu terakhir perlawanan kedua Minggu 1 Hari 3, tiga pemain dari Geek Fam, Team Bosskurr, dan Dingoz MZ bertarung secara 1v1v1. Pemain Ngah (Team Bosskurr) menjadi mangsa pertama, meninggalkan QB (Geek Fam) dan Ajiji (Dingoz MZ) untuk merebut Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Bulatan semakin mengecil dan QB terpaksa merangkak demi mengelakkan zon tetapi Ajiji selesa meniarap di kawasan pertengahan bulatan. Selepas beberapa saat berlalu, bulatan berhenti mengecil dan QB memeriksa persekitrannya.

Dia membuat satu kesilapan sahaja dalam pergerakannya dan terus ditembak Ajiji.

Ini merupakan WWCD pertama Dingoz MZ di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG) Musim 2. Mereka berjaya mendapat 4 mata bunuh dalam perlawanan ini dan kini menduduki tangga ke-14 dengan 37 jumlah mata.

Satu perkara menarik yang berlaku dalam perlawanan ini ialah pemain Team Secret (TS) MADTOI menjadi satu-satunya ahli pasukan TS yang berjaya hidup sehingga ke peringkat Top 5. Malangnya, TS hanya mengumpul 1 mata bunuh dalam perlawanan ini.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+