PMPL: Resurgence MY juara showmatch pertama

Kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Musim 2 telah bermula! Perlawanan Showmatch hari pertama baru sahaja tamat dan pasukan Malaysia Resurgence MY telah muncul sebagai pemenang.

Walaupun ini sekadar Showmatch, kemenangan ini tetap merupakan sesuatu yang berbaloi kerana Resurgence MY memenangi AS$100 (RM420).

Dalam perlawanan tersebut, pemain Resurgence MY yang menunjukkan prestasi terbaik ialah Imran “Vokey” Rosli. Beliau merupakan pemain terakhir pasukannya yang masih hidup pada waktu kemenangan.

Satu pencapaian hebat Resurgence MY dalam perlawanan tersebut ialah mereka dapat mengumpul 12 mata bunuh. Team Secret juga menunjukkan prestasi yang baik dan mengumpul 8 mata pembunuhan walaupun disingkirkan separuh jalan.

Jom kita lihat siapa akan menang dalam perlawanan Liga pertama selepas ini!

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000, mengumpulkan 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+