PMPL: Team Secret menang perlawanan kedua, Yoodo Gank kecundang pada saat terakhir

Team Secret telah muncul sebagai pemenang perlawanan kedua pada Minggu 1 Hari 1 di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile atau PMPL MY/SG Musim 2. Tahniah kepada Team Secret!

Para penonton perlawan ini sempat menyaksikan persaingan sengit antara dua pasukan PUBG Mobile terhebat di Malaysia iaitu Team Secret dan Yoodo Gank pada penghujung perlawanan.

Pada waktu tersebut, kedua-dua pasukan hanya mempunyai tiga pemain. Team Secret mempunyai kelebihan high ground dan ini merupakan salah satu faktor utama yang memberikan mereka kemenangan.

Satu lagi faktor penting ialah pihak ketiga yang menjadi gangguan kepada Yoodo Gank iaitu TRX Elementus. Ziso dari TRX menjadi “duri di sisi” untuk Yoodo Gank dan mereka terpaksa menewaskannya sebelum fokus terhadap Team Secret.

Pada waktu ini, TRX Elementus kini menduduki tangga teratas dengan markah keseluruhan berjumlah 32.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+