PMPL: Resurgence MY akhirnya mendapat Chicken Dinner

Setelah dua hari bertungkus lumus di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile atau PMPL MY/SG Musim 2, pasukan Resurgence MY (RSG) akhirnya mendapat Chicken Dinner pertama mereka.

Dalam perlawanan terakhir pada Minggu 1 Hari 2, pasukan tersebut memperoleh kemenangan pertama di peta Vikendi. Kemenangan ini dan jumlah pembunuhan yang tinggi (35) melonjak RSG ke tempat kedua dengan 72 markah keseluruhan.

Hari ini merupakan hari yang sangat menarik kerana pasukan kegemaran ramai Yoodo Gank langsung tidak memperoleh Chicken Dinner. Walaubagaimanapun, mereka tetap menduduki tempat pertama (118 markah) kerana sering mendapat jumlah pembunuhan yang banyak.

Kumpulan A dan Kumpulan C akan bertembung esok. Ini bermaksud Yoodo Gank boleh berehat dan kita akan berpeluang untuk menonton Team Secret beraksi sekali lagi.

Untuk melihat statistik terkini PMPL MY/SG Musim 2, anda boleh melayari laman web rasmi kejohanan tersebut di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+