PMPL: Isu “lag” menghalang KHI Esports mendominasi

PMPL MYSGPH musim kelima kali ini menyaksikan pasukan dari Filipina iaitu KHI Esports mula memasuki liga yang dipelopori oleh Malaysia dan Singapura sebelum ini.

Hari kedua akan bermula sebentar lagi namun pasukan mereka berada di dalam kedudukan yang tercorot dengan 9 mata.

Menurut kapten pasukan KHI Esports iaitu Rankid, dia memuat naik satu hantaran menyatakan pasukan mereka sedang berhadapan dengan isu “lag” di hari pertama.

Ini menyebabkan mereka tidak boleh bermain dengan potensi mereka yang penuh ketika ini. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang memberikan sokongan tanpa henti.

Adakah kita akan melihat KHI Esports kembali bangkit pada hari ini? Kita bakal saksikan.

Foto dan sumber: Rankid

RELATED NEWS

+