Pencipta PUBG mahu cipta permainan video dunia terbuka sebesar bumi

Jika anda suka menghabiskan masa berjam-jam untuk permainan video mungkin ini permainan video yang sesuai untuk anda.

Pencipta PUBG kini sedang cuba untuk membuat permainan video simulasi paling bercita-cita tinggi setakat ini iaitu permainan video dunia terbuka sebesar bumi.

Pemain dapat bermain di dunia digital sebesar bumi.

Seperti dilaporkan oleh PC Gamer, pencipta PUBG Brendan Greene mengatakan projek ini akan digelar Project Artemis.

Greene tidak mahu projek ini hanya digelar permainan video.

“Sudah semestinya akan terdapat banyak elemen permainan video tetapi kami mahukan survival, penerokaan dan sedikit peradaban kehidupan moden,”

Nampaknya, permainan video ini seperti gabungan di antara MMO dan simulasi.

Satu dunia sandbox sebesar planet bumi nyata satu perkara yang sangat sukar untuk direalisasikan.

Permainan video ini akan mempunyai simulasi cuaca seakan realiti termasuk flora dan fauna.

Sebagai contoh jika anda membunuh seekor beruang di satu tempat, berkemungkinan anda akan menghadapi masalah populasi rusa yang berlebihan.

Project Artemis masih dalam fasa awalnya lagi dan masih banyak naik taraf yang perlu dilakukan.

RELATED NEWS

+